Sunday, June 13, 2010

SEDILI TERJUN 10JUN



TRIP SEDILI TERJUN 10 JUN. Ahli komplot :
Ramezee
KNS
ACHAI
MFENDY
FADLI & Mail.
BOT : PAK ALI.

Kami bergerak pada malam 9hbJUN. Sampai di Jeti Sedili <> jam 4 Pagi. Rehatkan diri...dan alhamduliLLah PAK Mail dan Pak Ali sampai menjemput ke Bot <>jam 5Pagi. Harap2 cuaca o.k...Ramalan cuaca mengatakan Mendung & Hujan tetapi alhamduliLLah sepanjang di laut hanya mendung sahaja. Ragutan pertama adalah di awal pagi..dlm perjalanan Joranku dengan TROLLING di sentap oleh tenggiri.Alhamdulillah Tenggiri <>7kg dapat di naikkan. Selepas itu kami melayan di Karang ...Di karang ikan2 baby kerapu dalam sebakul sebagai hasil. Awal pagi hingga ke tengah hari kami melayan di Karang.Boleh tahan lah rezeki dgn baby2 Kerapu Karang dengan umpan Sotong pasar..

Aku Pasrah sbb setting rod aku hanya utk Drag or bottom Tenggiri..Ketiadaan umpan hidup buat aku lepak..dan time makan aku layan tido. Lewat petang kami layan di unjam. Yes masa utk aku....Sambil2 yoyo ikan laut aku biarkan drag.... Umpan PAK ALi dah 5 kali ragut...putus...termasuklah steel cable pun putus.Aku menunggu dan mencari Selar besar sikit..Geram aku tgk PAK Ali punya perambut dah 5 kali dia potong.
Akhirnya dapat gak Selar besar dan ku cangkuk di mata kail...selang 10 minit....SreeeetTTT..di sentap..Agak kasar..Drag ku kunci..tetapi masih dapat di tarik. Anggaran dalam 15kg atau lebih... Tetapi mengikut PAK BRAHIM cara dia tarik tu dlm 20kg punya tenggiri. Laju dia menuju kearah bot..Dah terasa mcm tak boleh pegi ni...agak kasar berbanding maximum drag pada Reel yg ada...Henjutan kali kedua bila hampir dgn Bot...TuSS putus!!
Postmortem - Kesilapan ku sendiri :
1. Aku melayan drag cara menyilang untuk mengelak tali joran geng2 lain-Sepatutnya Joran ku angkat Tinggi dan menegak ke atas supaya tali tak mudah kebawah dan terkena badan ikan.
2. Aku tak guna Fluoro Carbon. Walaupun perambut invisible berkekuatan 120lb tetapi putus bila ikan buat henjutan larian dengan kekuatan Drag MAX














1 comment:

  1. Aiyaaa...Besa lah kawan dlm keadaan kelam kabut maka kesilapan kecil membawa padah.
    Next time jangan perkecilkan Tenggiri Sedili Kawan....Kalau dia makan satu BOT dia akan pusing buat larian...Kena Cepat bertindak...FLUORO Carbon sudah semestinya...kalau tak Putih Mata.
    --------------SePaT--------------

    ReplyDelete