Wednesday, February 11, 2015

Branded Original Braided vs Braided Made in China

Penangan Tali Braided Murah....

Dua tiga hari ni agak sibuk..or menyibukkan diri dan memeningkan kepala sikit buat study pasal Braided line ni. Masa nak turun ke laut dah dekat so dah mula keluarkan mesin2 dan masukkan kembali tali2 ke spool. Bila last nak masukkan tali ke Bangla 100lb agak pelik...sbb warnanya dah tak hijau..dah mcm keputih putihan...berbulu..dan banyak point point yg totally tiada warna..akibat terhimpit selepas di keringkan...satu perkara lagi masa masukkan tali tu...terlalu banyak habuk2 halus keputihan seperti serpihan benang reput keluar dari tali.... Alamak!!! Baru je masuk tali ni dlm 2 tahun...kena air masin sekitar 5 kali....Ku ingat ingat balik...ohhh ini tali 100lb yg aku masuk 400mtr sbb harganya murah..Entah apa ke nama brand nya tak ingat lah....

  Apa dah jadi ni...adoiii takkan nak kena beli tali baru?? Asissyyy aku lihat dan bandingkan tali lain...Tali Sufix 80lb dan Power Pro 60lb. Memang berbeza.. Tali Mahal..ori.. walaupun dah 4-5 tahun berbeza dengan tali murah yang baru 2 Tahun.
So..servey pun bermula..check sini sana..sbb ada kawan roger ada geng jual Braided line murah2 sekarang. 500Mtr dengan harga  bawah RM100.. Wow..agak menarik... Tetapi bila di fikir fikir..
balik Harga Mahal berbaloi atau harga murah berbaloi. Bak kata perpatah You pay for what you get!!
Ini hanya pendapat...So, maybe the cheap and Fake Braided line akan di buat utk spare sahaja bila emergency...


  • Warna - Yang Ori/Branded still maintain warna Hijau berbanding yang murah dah pudar
  • Wax/Lilin - Yang Ori/Branded masih licin berbanding yang murah dah berbulu
  • Ketebalan diameter - Yang Ori/Branded masih maintain diameter berbanding yang murah dah seperti agak kembang.
  • Sambungan knots terutamanya bila buat sambungan utk braided ke shock leader..bila gunakan tali Ori knotnya nampak kemas dan firm...berbanding tali murah ni..mcm tak confident aja ketahanan knot nya... 


Antara Tali Braided murah di pasaran



Perbandingan Tali Ori dan murah

Didalam spool Mesin sebelah Kiri Tali Ori Sufix dah 5 Tahun dan dalam gelung sebelah kanan Tali murah yang baru 2 tahun......memang ketara beza dari segi warna yg dah pudar.