Monday, April 14, 2014

Lubuk Paloh & Holland Fishing Trip 09Apr-12Apr2014

Alhamdulillah telah di panjangkan umur,sihat tubuh badan dan di izinkan lagi sampai dan pulang dengan selamat ke Lubuk ini. Seperti biasa khidmat tekong Ajay di tagih.
Bot yang dahulunya di miliki oleh Eric-Sea Master telah di beli pula oleh Jenny dengan nama baru- Lady Jenny. Tekong masih di kemudi oleh Ajay. Trip di rancang sejak November 2013 dan akhirnya sampailah masa kami turun ke Lubuk ini-Paloh dan Holland,
Ahli komplot yang terlibat;
Ramezee ( Juragan laut )
KNS ( Juragan Darat)
Achai
Shukor
Bob
Syahril
Fauzi
Hanapiah
Pyan
Shah
Peter.

Kami bergerak malam 09hbApril menuju ke Paloh ATD 2200Hrs dan tiba seawal jam 0300hrs ke lubuk pertama untuk memancing. Arus agak tidak setabil di mana arus atas dan bawah menyongsang.
Setiba pagi bermula episod memancing lubang. Hasil secara purata hari pertama agak mengecewakan di mana di lubuk lubuk seperti kurang penghuni. Aktiviti memancing lubuk hingga ke lewat petang dan keadaan agak mengecewakan. Tekong Ajay juga agak kecewa dan terus kami bergerak ke Lubuk Holland.
Dalam perjalanan singgah di kapal karam dan sauh di labuhkan di situ...setelah beberapa jam juga di dapati kurang hasil kami bergerak ke Holland.

Setibanya di Holland lebih kurang  0300Hrs mula memancing. Ada GT di situ makan aku,Bob,Shah dan Pyan mula turun Jigging. Alhamdullah, rezeki GT overall lebih kurang 10 ekor dgn 2 putus.

Hari ke-3 Siangnya aktiviti memancing Lubang di sekitar lubuk Holland. Hasil di sini juga kurang memberangsangkan. Sehingga lewat malam hanya 1 tong ikan sahaja berjaya di kumpulkan sepanjang 3 malam kami memancing.

Adakah ini petanda banyak lubuk2 telah kosong atau musnah akibat bot pukat? Tambahan pula dengan adanya bot bot pukat Thailand yang telah di benarkan atau di berikan permit utk memukat di persekitaran lubuk Paloh dan Holland?

Apa pun kami terima aja dengan rezeki yang telah di berikan. Overal setiap anglers beroleh hasil dan setiap anglers dapat membawa pulang sekotak ikan dgn purata berat 25kg/per box.

Moga di panjangkan lagi umur dan sihat tubuh badan untuk ke lubuk ini di lain masa.............







  





















No comments:

Post a Comment