Sunday, August 30, 2009

Taut Haruan (Snake Head) 28Aug09

Balik kampung bulan puasa..bosan2 try tahan taut untuk haruan. Umpan dengan cengkerik...1 jam menahan taut di tepi rumah..air naik masuk ke parit akibat banjir lepas hujan semalaman,hasil amat memberangsangkan. Cukup lah dapat goreng garing2 makan berbuka...










Sunday, August 2, 2009

Exedisi Sungai Besar 01Aug-02Aug 2009


Trip Sg Besar 2days 1 nite.
Antara hasil & rezeki di perairan Sg.Besar

Pecah Periok - Kenduri <>80 ekor
1 Tenggiri 7kg + 1 baby tenggiri
7 Jenahak
2 Tebal pipi
Lain lain ikan laut Selar,Cencaru,Kembong <>800 ekor

































Monday, April 27, 2009

Trip Sedili 26-27 April 2009

Aku ni dapat menyelit dengan Geng Di Johor atas pelawaan Firdaus.

Pada asalnya cadang nak ambik Flight dari KLIA turun di Airport J.B..tetapi aku rasa mcm tak selesa sebab banyak barang nak bawa..So kitaorang pun drive aja. Bergerak dari Nilai <>9p.m hari Sabtu dan tiba di Skudai <>jam 12.30 a.m Ahad. Semua berkumpul di rumah Firdaus dan di situ aku berjumpa dengan geng2 Johore. Tak di sangka2 rupanya ada jugak sorang bekas anak murid aku dari Airport JHB iaitu si PITARO.Ahli2 trip kali ini adalah;



1. Firdaus aka PITARI - KLIA
2. Ayah Firdaus - Johor
3. Nurul - Johor
4. Azlan - Johor
5. PITARO - Johor
6. SeVenSeas (Aku) - KLIA


Bot - Ayah PIN
TEKONG - PIAN -Anak Ayah PIN.


Bergerak dari Skudai menuju ke Sedili..dan stop untuk makan di JenGGo... dan sampai <> Ahad jam 3.30 am. Kami berehat di Jeti langsung ke Subuh dan bergerak menaiki BOT AYAH PIN <> jam 6.30am. Tak ada apa2 planning atau strategy di bincangkan..lagi pun semua baru kenal...
Aku pun agak BluRR nak pancing apa di Sedili niy...Hentam ajalah...asal pancing.










Dalam Perjalan menuju distinasi...Yang lain2 semuanya dah tumbang bantai tidor di Pit..Tinggal aku...Ayah Firdaus..Cik LAN aja...Melayan Ayah Firdaus (PITARI) ni best..tak henti2 bercerita..Semangatnya berkobar kobar.






Panasnya atas bot...Sebelah tengahhari cuba2 mancing di Unjam..Tetapi cuaca panas terik...Hasil tak berapa memberangsangkan. Aku layan aja macam2 teknik...JIG..Oren..Biru..Rabbit..OCTO.. mmg tak di layan...Umpan Skirt Octopus Rubber pun tak di layan...








Sebelah Petang Hujan lebat di tengah Laut dan bergelora....Aku biarkan aja Joran dengan umpan ikan di hanyutkan. semasa Hujan...Selepas aja Hujan berhenti..Tiba2 Mesin Titus menjerit SrEEETTT!! Aku pikir dalam kepala si Panjang aja..tak ada lain...Lepas angkat Rod nampak dari jauh libasan....Si Todak rupanya...he he...Tak perlah...ambik jelah gambor buat kenangan..









Bila malam tiba...Arus agak laju...Aku dan lain dah tumbang...Aku terbongkang di belakang ...Tak kira dah...hentam jer atas kayu pun lena.....Dah tak boleh...kepala dah Pusing...Tinggallah Ayah Firdaus dan Cik Lan aja melayan..Sebelah malam ikan agak kasar...banyak kali juga putus..Cik lan berjaya naikkan Jenahak...Itu pun hampir2 kena cukai separuh....Dah ada kesan gigitan ....








Hari kedua...awal pagi...aku dan Pitaro layan Drift dengan Umpan Hidup...Dan Strike dengan Tenggiri <>8Kg. Mengikut PITARO....Kalau arus o.k...Rugi Tak target Spisis Tenggiri ni..Tenggiri SEDILI memang Cerewet....dan displin semasa nak makan umpan pun tinggi.Jadi Setting Tali...Perambut...Mata..Umpan semua kena betul baru di layan....


Tips drag Tenggiri Sedili bagi arus belakang Bot...

Tali Utama Sulaman--> sambungan FG--> Fluoro Invisible 40 lb 3 depa--->Sambungan Albright---> Wire Steel 30Lb Sejengkal -----> 2 mata saiz 2(crome). matakail color hitam perlu dielakkan.

Umpan Selar Kuning Hidup



Tiba2 Mesin ABU aku berdesing SREEETTT!! Sekali sahaja dan senyap...Terus...Mesin PITARO pula STREEET!!...Malangnya Tali aku dah putus di perambut....di potong oleh sipanjang.. dan pada masa yang sama Strike untuk PITARO..dimana Matakail tersangkut di badan si panjang...












PITARO..Dulu pernah menjadi anak muridku....sekarang aku plak kena sekolah dan belajor dari dia tentang cara2 menjerat si Tenggiri...Cantik...Lain kali dah tahu...InsyaAllah aku gempur lagi si Tenggiri Sedili niy...Sebelah pagi hari kedua...Arus mmg cun...Aku dan PITARO layan drift ke belangkang Bot dengan umpan Hidup...


Selain tu melayan Bottom.Banyak juga perambut yang putus....Aku dan yang lain mula menukar Perambut Bottom dengan meletakkan Steel Wire dan berjaya menaikkan Haruan Tasek saiz sederhana..AkhirDan Kami bergegas pulang ke darat <> jam 4 ptg kerana cuaca dah agak mendung..

Antara hasil2 yang berjaya di naikkan di trip ini adalah:


Tenggiri
Haruan Tasek
Jenahak
Kerapu
Daun Baru

Talang


Lain2 ikan2 laut....Cencaru..Selar Kuning..Tamban...Kembong...Alhamdulillah kami selamat pergi dan Balik kedarat juga sampai ke rumah masing2 dengan Selamat.......Penuh jugak ler COLDMAN aku dengan Rezeki mancing kali niy...Tekong Pian pun Rajin....Relax...dan moga next time dapat pegi













Wednesday, April 1, 2009

Koleksi Umpan-Umpan Tiruan 2009

Kolesi Umpan Tiruan

JIG






1. Bullet JIG Sotong ICHIKU Rubber 90gm.- Jig ini telah di sesuaikan dengan menggunakan mata kasar saiz 5.Ini adalah kerana mata asal kevlarnya terlalu halus. Warna di pilih pula adalah oren kemerahan supaya dapat bertindak aktif didalam keadaan air yang keruh. Ini adalah bagi aksi Slow Jig







2. Octopus aka Hula Hula aka Madai aka Snapper Salty Rubber JIG ( Tengkorak ) 200gm - Jig ini juga telah di sesuaikan dengan menukar mata kevlar asalnya kepada mata saiz 5 yang lebig kasar. Tali Kevlar di ikat kepada penyangkut 'U' di bawah JIG dengan menggunakan simpulan seperti mengikat Uni Knot. Assist hook juga di tambah. Ini juga adalah bagi aksi Slow Jig












3. Butterfly JIG 100 ke 250gm - Untuk Aksi FAST JIG




POPPER





1. Bubble POP River Sea Popper 11cm /32gm -


2. Shino Popper 13cm/30gm



Hanya sebagai sampingan. Pemilihan Warna Oren kemerahan juga supaya Efektif jika keadaan air yang agak Keruh.








OCTOPUS RUBBER SKIRT LURE

Monday, March 23, 2009

Medium-High Jig Equipments

ABU CONOLON PE2-5 MH Jig Rod/Abu Ambassadeur 7000 for MedH Jig Action

Dah lama dok budget dalam kepala nak cari satu rod untuk di padankan dengan Reel Abu Ambassadeur 7000. Reel ni dah lama dalam simpanan kalau tak silap beli tahun 2002..semasa bekerja di Sydney.Masih macam baru lagi...seingat aku baru guna sekali sahaja. Jadi nak convert Reel ni untuk aksi MedHigh drag,Casting dan Jig...Dengan Gear Ration 4:1:1 rasanya bersesuai untuk Kurauan yang agak laju.Tambahan pula Line Capacity yang agak besar boleh memuatkan line utk 300mtr.

Bila dah terfikir..jiwa mula jadi kacau...asyik nak ke tackle shop aja servey Rodnya.Bulan lepas aku dah pegi servey di Kepong...Tp...budget tak berapa nak elok..Lagi pun Tackle shop di kepong tuh tak bley tawar menawar...So aku lupakn ajalah. Reel ABU ni agak berat sikit..maklumlah nama pun CLASSIC..dan Swiss Made..agak Bulky sikit..Kenalah jodohkan dengan Rod mesti yang betul2 ringan tetapi kuat...

Hari Ahad hari dengan aktiviti bebas aku ke kedai pancing di Nilai 3 tuh. Ada sebatang Rod ABU CONOLON Pe2-5..Isykkk...pegang..letak..pegang letak balik...Harga di TAG sticker RM270.00. Hemmm....So lepas buat rumusan dari Guide..batang rod dan reel handle...berat rod...Keseluruhannya o.k ,servey pun..ramai yang memuji Rod ni utk Jig MH...
Jadi..rasanya rod ni agak bersesuaian dangan budget harganya.

Lastly decide pegi ke counter, kasi offer sama tokey kedai tuh..."Boss, kalau lu kasi last prize RM190 wa angkat!! Terkejut beruk tokey tuh...dan terus bebel...mana boleh ma...kalau lu mau RM195..boleh..wa kasi lagi satu CONOLON...tapi tarak FUJI punya cincin..sambil tokey tuh pegi ke rak Rod dan tunjukkan Rod Conolon yg tampa FUJI Guide tuh...
Huh..ada jugak CONOLON low profile?
So aku berkeras..still Bargain untuk Conolon ni jugak...Lepas sembang2 dulu pasal mancing...pasal nak jodohkan Reel Abu Ambassadeur 7000 Classic aku tuh...Akhirnya..tokey tu bagi aku last price..RM200.00..Aku pun apa lagi..terus jerk hulur duit....Alamak habis budget aku nak tukaw absober kereta........

So akhirnya Abu Ambassadeur 7000 pun di jodohkan dengan ABU CONOLON...Nanti boleh test di Sedili hujung April...Kih kih....




Swedish engineering and craftsmanship.



Abu Garcia Ambassadeur 7000 Classic Reel

Features:

* Level Wind* Cast control* Alloy Spool* Reel Clamp* Star drag* Line out Alarm

Spec's:

* Model: 7000* Capacity: 325yds / 17lb* Bearings: Bushed* Retrieve Rate 4:1:1


Medium Heavy Jig Rod
-Abu Conolon Premium PE 2-5

-Jig 90-200g





Bagi Set Jig Tali Sulam 60 lb di padankan dengan shock Leader 80lb Sufix dan sambngan FG knot di gunapakai.

Wednesday, March 11, 2009

Perambut memburu TENGGIRI

Peralatan yang di perlukan:

1. Perambut Dawai 49 Sulaman-Ini di supaya mudah di ikat dan memadai
dengan kekuatan 30lb-40lb.

2. Pemutar (Spinner) Ofmer (Disyorkan) atau boleh juga membeli pemutar
biasa yang ada di jual di kedai. Juga di syorkan menggunakan warna Hijau
atau Merah.




2.1 Bentuk asal Spinner Ofmer.

2.2 Potong dawai yang menyambung bahagian2 Spinner.

3. Aksoseri lain : Manik, Ladung kecil (Bulat atau Panjang).

4. Matakail - Disyorkan menggunakan DAIICI atau MUSTAD saiz 16-18 atau Gamagatsu size 3 dan 2



Tetapi jika ingin perlu budget yg minima Spinner murah yang di jual juga boleh di gunakan seperti Spinner HINOMIYA. Aku lebih suka akan Sesudunya yang dibuat dengan warna striking lebih menarik.Proses pembuatannya juga sama,ikut selera.
5. Panjang Perambut Dawai - 1.5 - 2 Kaki.




6. Cara Kegunaan. Cangkuk kepada umpan ikan Hidup(di syorkan) atau mati.
Bagi teknik tundaan ikan mati di syorkan membuang isi perutnya dahulu
( keluarkan dan bersihkan perut melalui insang) dan perambut melalui
insang untuk di cangkuk di bahagian belakang. Matakail hadapan di
cangkuk dari bawah mulut menembusi kepala ikan.

Monday, March 9, 2009

Medium JIG Equipments

Reel-DAIWA FREAMS 4500J/ Rod-Pioneer Giant Trevally PE 2-6 for Light Medium Jig Action

Medium Jig Equiptments

Reel : Daiwa Freams 4500J

Rod : Pioneer Giant Trevally PE-2-4

Line : Power Pro Phantom RED 40lb



























































Bila nak perolehi Reel dan Rod JIG memang susah nak buat keputusan. Salah satu sebab utama adalah Budget. Setelah mengamati dan fahami betul2 apa itu JIG perlahan lahan dikumpulkan peralatan JIG ini. REEL agak mahal tetapi mampu untuk bertahan jika ingin upgrade ke PE3 atau 4 di masa depan. Jumlah perbelanjaan walaupun bagi set medium Jig ini boleh tahan juga...<>RM700 dah..

Apa yang mustahak didalam JIG ini adalah ketahan MESIN apabila di asak.Dengan menggunakan peralatan ringan sekurang kurangnya REEL dapat bertahan kerana apa yang bakal meragut JIG tidak kira ukuran juga saiznya dan mungkin MONSTER juga berada di dalam air sewaktu kita belabuhkan JIG.


Oleh itu REEL DAIWA FREAMS 4500J sudah memadai untuk aksi Medium bagi PE-2. Sebenarnya REEL ini mampu beraksi bagi kelas PE3 dan 4 .Ciri2 Reel ini sudah memadai bagi Light/Medium Jig. Dengan Drag Max 9kg dan di reka khas bagi aksi JIG. Setakat ini pernah melihat di UTube Mesin ini berjaya menewaskan Tenggiri 20kg.....Emmm!!

Bagi melengkapkan lagi peralatan Medium Jig ini Reel Daiwa Freams 4500J ini di gabungkan dengan Jig Rod Pioneer Giant Trevally PE 2-4. Rods ini tidaklah terlalu mahal berbanding rod-rod lain grade A di pasaran. Akan tetapi apa yang penting bagi satu Rod Jig adalah perkara perkara sperti Cincin/Guide ,Reel Holder dan juga Batang Rod. Ini sudah cukup kerana apabila diasak bukan semata mata bergantung pada Rod. Drag dari mesin juga dapat menyokong dan membantu. Yang penting adalah teknik bagaimana untuk menang dalam pertarungan.




Antara faktor utama Rod ini adalah harga yang berpatutatan di samping bahan2 yang di gunakan dalam penghasilan Rods ini. Guide FUJI, Reel Sit Fuji, batang rod Reinforeced Graphite Blank yang sudah terbukti ketahanannya seangkatan dengan Rod2 gred tinggi di pasaran juga elemen penting yang dibina bersama rod ini. Yang penting apabila bertarung perlu berhati hati dan tidak memaksa ROD hingga patah...




Walaupun Rod ini tidaklah mahal tetapi rasanya cukup untuk dipadankan ke Daiwa Freams 4500J bagi aksi light/medium Jig bagi perairan Semenanjung yang kedalaman antara 50-150m. Kalau melebihi kedalaman ini kena guna set aksi PE4 keatas ler....
Impian nak dapatkan XZoga Taka-Ji 5814 PE 4.


Bagi melengkapkan lagi peralatan JIG ini tali sulam/Braided POWER PRO 40lb Phantom RED digunakan dan di sambungkan kepada perambut Fluorocarbon POWER MAX 50lb. Sambungan Improved GT Knot digunakan...Tetapi kalau di masa imergency akibat putus terpaksalah buat yang lain dan mudah mcm Albright knot aja.... Agak sukar juga untuk menyambungkan tali sulam yang halus ke tali mono yang keras ini. Apa yang penting sambungan ini adalah tali sulam dapat bertahan apabila berlaku geseran di dalam air. Oleh itu sewaktu membuat stopper di tali mono simpulan mono perlulah juga di selaputi sulaman dari braided ( modify dari asal ). Ini mampu menahan tali braided yang tajam dari memutuskan perambut di penyambung ini apabila bergesel.....

Sambungan ke mono ini penting untuk menstabilkan teganggan apabila bertarung...


Panjang Tali Perambut = 15m atau <> 5x panjang Rod atau paling mudah ambik 3 depa sahaja....

STOPPER diikat menyaluti Sulaman BRAIDED


Dah siap sedia...untuk bertarung....hemmm tunggu slot mana nak pegi ni...Isykkk....