Monday, June 8, 2015

Fresh Water Prown - Udang Galah RomPin 9June2015

RoMpiN...2015 pulak. Trip di pelawa oleh group lain..ada peluang join terus.
Nazree Black (Organizer), Bro Bad,Bro Zul & me.

Udang agak kurang pada trip ini..maybe atas faktor air laut pasang besar. Air juga agak jernih...udang kebanyakkan galak makan di bahagian tengah. Seperti trip lepas udang di kail di belakang dan tepi rumah rakit pun boleh dapat tapi tidak di trip ini.
Apa pun..yang penting ada..tak banyak sikit rezeki Allah bagi untuk trip 2 malam ini.
 
Jinggo dipancing dengan Umpan Roti Gardenia




Selain Udang spisis ikan Duri dan Baung Tapah juga dapat di pancing



Monday, April 27, 2015

BINTULU DEEP SEA @ OIL RIG E11 21-24Apr2015

Ini trip berubah angin...acara tahunan yang selalunya berlangsung di Kuching di ubah ke Bintulu.
Rancangan untuk 3H3M iaitu sampai..terus naik bot dan belayar.

Tekong- Jasmine
Bot - Jasmine Marine.
Ahli komplot :
Juragan - SevenSeaS
Achai,KNS,BOB,Syaril,Pyan(Bentayan),Rahi,Ayob,Nan,Peter,Leonard,Syukor,Ayem,Syah Godam.

Overall memang Service Jasmine Marine bagus. Awak2 nya memang rajin...dan friendly. Lubuk2 yang di bawa oleh jasmine juga bagus. Cuma keadaan yang dirancang tidak sampai ke penghujungnya. Hari ke-2 bot mengalami masalah..dan kami tersadai di tengah laut selama 12jam.Bot mengalami masalah engine..dan hari ke-3 bantuan bot tunda tiba. Maka aktiviti memancing hanya berjaya hingga hari ke-2 sebelah pagi.

Apa pun banyak perkara baru dapat di pelajari...memandangkan Bintulu ada spot baru maka beberapa perkara juga perlu di serap bagi memantapkan lagi cara memancing terutanya apabila berlabuh di pelantar.








Wednesday, February 11, 2015

Branded Original Braided vs Braided Made in China

Penangan Tali Braided Murah....

Dua tiga hari ni agak sibuk..or menyibukkan diri dan memeningkan kepala sikit buat study pasal Braided line ni. Masa nak turun ke laut dah dekat so dah mula keluarkan mesin2 dan masukkan kembali tali2 ke spool. Bila last nak masukkan tali ke Bangla 100lb agak pelik...sbb warnanya dah tak hijau..dah mcm keputih putihan...berbulu..dan banyak point point yg totally tiada warna..akibat terhimpit selepas di keringkan...satu perkara lagi masa masukkan tali tu...terlalu banyak habuk2 halus keputihan seperti serpihan benang reput keluar dari tali.... Alamak!!! Baru je masuk tali ni dlm 2 tahun...kena air masin sekitar 5 kali....Ku ingat ingat balik...ohhh ini tali 100lb yg aku masuk 400mtr sbb harganya murah..Entah apa ke nama brand nya tak ingat lah....

  Apa dah jadi ni...adoiii takkan nak kena beli tali baru?? Asissyyy aku lihat dan bandingkan tali lain...Tali Sufix 80lb dan Power Pro 60lb. Memang berbeza.. Tali Mahal..ori.. walaupun dah 4-5 tahun berbeza dengan tali murah yang baru 2 Tahun.
So..servey pun bermula..check sini sana..sbb ada kawan roger ada geng jual Braided line murah2 sekarang. 500Mtr dengan harga  bawah RM100.. Wow..agak menarik... Tetapi bila di fikir fikir..
balik Harga Mahal berbaloi atau harga murah berbaloi. Bak kata perpatah You pay for what you get!!
Ini hanya pendapat...So, maybe the cheap and Fake Braided line akan di buat utk spare sahaja bila emergency...


  • Warna - Yang Ori/Branded still maintain warna Hijau berbanding yang murah dah pudar
  • Wax/Lilin - Yang Ori/Branded masih licin berbanding yang murah dah berbulu
  • Ketebalan diameter - Yang Ori/Branded masih maintain diameter berbanding yang murah dah seperti agak kembang.
  • Sambungan knots terutamanya bila buat sambungan utk braided ke shock leader..bila gunakan tali Ori knotnya nampak kemas dan firm...berbanding tali murah ni..mcm tak confident aja ketahanan knot nya... 


Antara Tali Braided murah di pasaran



Perbandingan Tali Ori dan murah

Didalam spool Mesin sebelah Kiri Tali Ori Sufix dah 5 Tahun dan dalam gelung sebelah kanan Tali murah yang baru 2 tahun......memang ketara beza dari segi warna yg dah pudar.

Saturday, January 17, 2015

Shimano Navy 8000PG///Bosna Berserk 5000 with Daiwa SaltisT HYPERJIG PE-2

Shimano Navy 8000PG


Date Own : August 2013
Price : ???.00

Ini adalah sebuah mesin yang memang kuat. Sejak di miliki ianya telah berkali kali di asak GT.
Sepanjang kegunaan untuk jiggging/casting  tidak pernah menghampakan .
Cuma spool Navy 8000 ini terlalu mudah di hakis air masin. Walaupun setiap kali pulang dari ngail..mesin di bersihkan..di keluarkan tali tetapi di dapati kesan hakisan semakin banyak...dan ini menyebabkan tali braided senang tergesel dan rosak.

Di gandingkan dengan Rod Daiwa SaltisT HYPERJIG PE2.

Alternatifnya terpaksa gunakan silikon untuk sealed menutup lubang2 hakisan...dan tiba masa untuk di rehatkan...lalu...




BOSNA BERSERK 5000


Date Own : Jan2015
Tackle Shop : Apek Wong Lukut
Price : RM???.??

Well...Ini Jodoh terbaru...berananak lagi Reel dalam kabinet..Banyak banyak tempat dah servey..Apek Wong aja boleh bagi best price. Murah dalam RM60-RM70 dari tempat2 lain di pasaran...

Belum sempat test...Tapi..advantagenya MAX Drag 25kg. Huh...ada agak sikit kekurangan di mana Handle nya agak kecil dan pendek... Apa pun ok lah...untuk kasi gasak dengan GT..mesin budget macam ni.
REEL MADE IN JAPAN...nanti akan gasak cukup cukup. Kasi kawin dengan DAIWA SALTIST HYPERJIG PE-2.



ROD DAIWA SALTIST HYPERJIG PE-2 

Date Own : 2012
Price : RM550.00
Tackle Shop : TCE Tackle Kepong

1pc Rod ni dah lama juga berjasa...agak keras tetapi senang untuk handle bila di asak MONSTER kerana Rod tidak akan mudah melentur...cuma perlu bertahan sambil adjust drag and spool untuk jinakkan ikan.
Sedikit modifikasi kecil telah di buat dengan memotong 1.5inch di hujung tips utk menambah ketahanan rod.


.