Monday, April 16, 2012

Fishing Trip Kuching Sarawak 13/14/15/16April 2012

Last minute decide utk joint trip ni...mmg dah park K.I.V tapi tak berani nak confirm memandangkan situasi kerja. Tapi tengok date trip tak kena apa2 assignment maka di teruskan juga.
Trip organiser by Shabaruddin Seremban & Geng2 Seremban Anglers.
Abg LAN,Sharil,Sham Cowboy,Cikgu Man,Abg Man Korea & Zam - Seremban Anglers
Aku,Achai & KNS - Geng MASkargo...

Kami tiba di Kuching pada 12hb & menuju ke BOT ERIC SeaMaster.
Bergerak menuju lubuk jam 0100hrs 13April...iaitu 9jam..lubuk Paloh.
Keadaan air dan cuaca baik...tetapi banyak lubuk2 kosong tiada penghuni.
Tidak tahu apa puncanya...Kemungkinan juga kesan Tsunami Acheh yg baru berlaku pada petang 11April2012.

Apa pun Tekong Aji dah mencuba yg terbaik utk menjejak ikan di lubuk2.
Ini mungkin trip aku yang terakhir utk 2012 dan akan bersara utk sementara waktu....






Saturday, February 18, 2012

Trip Lubuk Penang 13/14/15Feb12

Trip pembuka tirai tahun 2012.
Tekong - Ah Heng...asalnya untuk ke lubuk Arang tetapi pada hari berangkat keadaan laut tidak mengizinkan. Atas saranan Ah Heng...acara memancing hanya berlangsung di sekitar Kapal karam dan karang.
Laut beralun kuat....malam pertama dah kena angin dan hujan...Kami hanya sempat memancing hari pertama hingga tengah malam sahaja...selepas itu angin dan hujan...air pun tak berapa molek...laut bergelora. Hari kedua baru sempat memancing dgn melayan Kerapu sebelah pagi...selepas itu malamnya pun hujan lagi...dgn angin..Maka terima ja rezeki yang ada..

Juragan - Aku.
Ahli komplot : Achai Pawang Pari,Kns Pawang Kerapu,Din Seremban Angler,Apit Janggut,ShukorFR,Mfendy,Mail Black Maria & BoB

Hasil : Kerapu 5 Ekor dgn Kerapu Jack Pot 8.5kg di naikkan oleh KNS.
Jenahak 4 Ekor dgn Jenahak paling besar 4.5kg di naikkan oleh AKU le.
Dorodo 7 Ekor 4 Ekor di naikkan oleh Bob & 3 Ekor oleh AKU le.
Mayong 5 Ekor
Yu - 1 Ekor dinaikkan oleh shukor
Lain2 ikan laut...