Thursday, December 1, 2011

Bulan dan Air

Sunday, October 23, 2011

20-21Oct2011 Sg.Besar - Kapal Pecah di Laluan Kapal

Boat - Dolphine 4 - Ah Chan.
Ahli Komplot - ACHAI,RICHARD,KNS,MAIL,MIZIE,AP,DIN,AH CHUN.

Perjalanan agak jauh...6 Jam dari Jeti Sg.Besar....Bot ni..o.k tapi agak memenatkan sbb tiada Besi Penghadang...Jadi masing2 kena bertenggek atas kerusi kecik menunggu.
Kabin pula terletak di tingkat 2...alamak punyalah beralun dalam kabin...Terutaman bila ombak besar akibat laluan kapal kontena.

Hasil boleh tahan...dengan Pari 3 ekor dan 1 Pari Mega yang tak dapat di naikkan...Tekong Ah Chan o.k...cuma awak2nya agak slow.....lambat bertindak dan jalankan tugas.

Lewat jam 2 pagi...sauh Bot Putus..maka aktiviti memancing pun terganggu....dan selepas itu awal pagi laut bergelora dengan hujan...Kami pun pulang awal..terima sahaja rezeki yang di kurniakan utk trip kali ini....


Thursday, September 29, 2011

DAIWA SEABORG BULL 1000 Electric Reel





Punca nak cari Bangla ni sebab masa nak joint satu trip aku di reject sbb tak ada mesin electric..mcm hampeh aja...Geram punya pasal gua pun sambar je...

Line Capacity (Braided Line) #6(60LB) 1000, #8(80LB) 800m, #10(100LB) 600m, #12(130LB) 500m
Max Drag 20 kg
Gear Ratio 2.3:1
Weight 1470g
Max Winding Speed 130m/min
Max Winding Power 64kg
Jigging function Washable DC 12V Mag Max

To complete my collections.......


Date Own 29Sep2011.

Price : RM?,???.??

Looking forward to match it with Shimano BackBone Rod :)

Tuesday, June 7, 2011

Shimano Talica 16 II






Date own : 03Jun2011.
Ordered from : AH TONG Sungai Pelik.
Price : RM?,???.00

Match Rod with Xzoga TAKA-JI 5715







Wednesday, May 18, 2011

Trip Ngail Kuching Sarawak

Date : 11May-14May2011.
Boat : Sea MAster-Eric.
Boatman : Aji.
Organiser : DIN.
Members : Achai,KNS,Bob.Syahril,Mail,Syam.

Friday, May 6, 2011

XZOGA TAKA-JI 5715 PE 5

Date Own : 08Apr2011
Shop : Apek Wong Lukut
Price : RM750








Rod 5'7" MAX drag 12kg..Salah satu koleksi sempena dapat rezeki Bonus April2011..yg xtream dan branded dalam simpanan. Tunggu ada modal sikit lagi nak kawinkan dgn Tiagra 16..Hemmm

Monday, March 28, 2011

Tarikh Mengikut Air Pasang




12/13/14/15/16hb hijrah:

"Bulan Penuh/Mengambang"

1.Selat dan sungai

a)arus deras dan tinggi.

b)pasang lebih lama dari surut.

c)batu ladung 30 keatas.

d)tidak sesuai untuk memancing.


2.Laut pantai timur

a)arus mati yang panjang sebelah malam

b)surut yang sedang tapi pendek sebelah siang

c)air biasanya keruh sedikit.

d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif. =========================================

19/20/21/22/23hb hijrah:

"Bulan separuh"

1.Selat dan sungai

a)pasang kurang berarus dan surut yang sederhana

b)tempoh pasang & surut yang sama.

c)sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb hijrah.


2.Laut pantai timur

a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana

b)jangkamasa pasangsurut sama.

c)kadangkala air terlalu jernih dan berkaca

d)ikan sensitif pada penglihatan. ====================================

26/27/28/29/30/hb hijrah:

"Bulan gelap"

1.Selat dan sungai

a)arus mulai besar dengan arus semakin laju

b)surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.

c)air keruh terutamanya waktu surut

d)tidak sesuai memancing.


2.Laut pantai timur

a)arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang

b)arus mati tapi pendek sebelah malam

c)air biasanya keruh sedikit.

d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif. =========================================


5/6/7/8/9hb hijrah:

"Bulan Separuh"

1.Selat dan sungai

a)surut kurang berarus dan pasang yang sederhana

b)tempoh pasang & surut yang sama.

c)sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.


2.Laut pantai timur

a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana

b)jangkamasa pasangsurut sama.

c)air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.

d)ikan sensitif pada penglihatan. ==========================================


Kitab Panduan Keadaan Air.


"Air Besar "
Air pasang besar paling maksimum(air bani) lazimnya berlaku sebulan 2 kali pada tarikh 15hb atau 1 hb setiap bulan Islam dan air pasang besar pada bulan gelap berlaku tepat pada setiap 1hb setiap bulan Islam. Maka tarikh-tarikh seperti 27,28,29,30hb&1,2,3,4hb (dikira berdasarkan 3 hari awal dan 3 hari hujung) bulan Islam boleh juga diklasifikasikan sebagai berlakunya air pasang besar ketika bulan gelap.


"Memancing Sewaktu Air Besar"

Memancing sewaktu air besar memerlukan sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan di sekitar padang pancing (sekiranya tidak mendapat bantuan tekong tempatan) supaya hasilnya tidak menghampakan pemancing semua. Kalau tidak, kita akan dihidangkan oleh seribu satu macam masalah yang diakibatkan oleh perubahan arus laju seperti umpan timbul dan hanyut, tali pancing terutama perambut yang bersimpul dan lebih teruk lagi kalau memancing beramai-ramai di atas bot, tali pancing akan tersangkut dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana pergerakan air besar amat laju, pemancing memerlukan pemberat yang boleh menampung kelajuan air tersebut dari menghanyutkan tali pancing. Joran yang kecil tidak sesuai digunakan pada masa tersebut. Dalam kes ini apabila ikan meragut pancing, kita kurang merasakan tekanan yang dihasilkan oleh sebab pemberat tadi. Lebih memburukkan sekiranya ada tiupan angin yang bertentangan dengan pergerakan air yang akan menyebabkan berlakunya gelombang atau alun yang boleh memeningkan kepala dan boleh menyebabkan mabuk laut.


"Air Mati"


Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah .Air mati pula diistilahkan sebagai aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter (contoh untuk Pelabuhan Kelang). Air mati berlaku selama sepuluh hari dalam sebulan iaitu pada 7 hb hingga 1 1 hb Bulan Melayu (Hijrah) manakala fasa kedua pada 20 hb hingga 24 hb. Untuk lebib mudah, anda rujuk sahaja Bulan Melayu untuk menentukan waktu air mati tanpa melihat pada perbezaan aras air pasang dan surut. Sesetengah tempat pula air mati disebut sebagai air kecil, air bebanir/banir atau air menyorong. Merujuk kepada istilah yang digunakan oleh Jabatan Hidrografi, TLDM pula air mati dipanggil Air Perbani. Perbezaan aras yang kurang sewaktu pergerakan pasang dan surut menyebabkan air bergerak perlahan untuk kedua-dua hala. Dengan ini, ianya memudahkan pemancing tanpa memikirkan kelajuan arus terhasil. Pada waktu air mati, air kelihatan jernih tanpa banyak lumpur dan sampah sarap.

"Memancing pada Waktu Air Pasang Mati"
Memancing pada ketika ni tidak disyorkan kerana air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada persembahan umpan yang pasif oleh pemancing dan seterusnya ikan tidak berminat membahamnya.Pada ketika ini, air tenang dengan pergerakan arus yang perlahan. Ada disetengah tempat pada ketika ini ikan kurang bermain. Ini kerana ketiadaan arus menyebabkan ikan kecil berada dimerata tempat. Jadi lokasi spesifik tidak dapat di tentukan. Manakala disetengah tempat ikan galak bermain memandangkan pemangsa mudah mencari makanan.



Tarikh mengikut Calender Islam atau Chineese

OKUMA TG 30 II

Date Own : 25Jan2011
Shop : Apek Wong Lukut.

Match Rod : Okuma Gold Limited Edition PE 8-10



OKUMA TG 30 II Ronda2 kedai Uncle Wong di Lukut...entah mcm mana bleh plak tanya apek Wong tu pasal TG 30 II ni. Apek plak ckp dia bleh kasi best offer pada wa kalu mau angkat Uncle Wong boleh tolong order..Terjebak gua dengan ayat power Apek Wong ni. Oklah for my birthday...Wonder bila bleh di masin kan...maybe will be test at Kuching MAY2011.

Sunday, March 27, 2011

OKUMA TITUS GOLD TG20S

Date Own : 25apr2010
Shop : Apek Wong Lukut
Price : RM520
Match Rod : Okuma Titus Gold Limited Edition PE8-10








Entah apa pasal leh terjebak plak nak rembat OKUMA nih.


Anyway maybe sbb murah dah color GOLDnya kut....Apa pun 1st test di lautan Sedili dah REEL hooked with Tenggiri 7kg on Trolling.

Mesin ni dah di sumbat dengan Tali Barided 80 lb 350Mtr...dan shock Leader 120 Lb.

Mesin ni guna khas untuk Trolling sahaja...walaupun single speed tetapi dgn gear ratio tinggi.

Specifikasi...

An Okuma Titus Gold TG 20S aluminum lever drag, high speed, saltwater big game fishing reel. This reel features a one piece machined aluminum rigid frame construction, high speed XL gearing for faster line retrieval, cold forged silver anodized aluminum spool, 5 stainless steel ball bearings, machine cut stainless steel gears, carbonite heat resistant drag washers, double pawl silent anti-reverse system, ACG: comfort grip handle knob, oversized stainless steel on/off clicker ratchet, 6.0:1 gear ratios, and line capacity 570yds./25lb. 470yds/30lb.and 400yds/40lb. It is an excellent for offshore saltwater trolling, live bait, jigging or bottom fishing for a variety of deep sea saltwater fish.


Agak puas hati juga dengan kemampuan mesin ni...Lagi pun harganya berpatutan.


Pakai aja sampai reput...