Tuesday, October 14, 2014

Fresh Water Prown - Udang Galah RomPin 11-12Oct2014

Jeng Jeng.... Ini adalah sejarah...11Oct2014 kali pertama dalam hidup cuba memancing Udang Galah.
Trip atas pelawaan Nazree Black untuk ke rumah rakit di Kg.Sabak Kuala Rompin.
Hemmm... agak risau jugak...kelengkapan memang tiada dalam simpanan. Terus pegi window shopping maka bercicit lah koleksi rod and reel di rumah. Akan tetapi yg bestnya MURAH tu barang2 mancing udang. Dengan hanya RM50 siap 3 rod and reel plus lain2 perkakas spt matakail dan ladung.

Sampai seawal pagi 11Oct..lepak menunggu subuh di MASJID Pekan rompit. Sekitar jam 0730Hrs kami dah masuk rumah rakit. Agak terkial kial juga..tak pernah mancing....Udang mmg galak pagi itu..sana sini naik udang..wow best... Than sekejap bila air dah habis surut sunyi sepi..relax.
Rupanya baru ku tahu...memancing bila air sedang bergerak samada awal atau hujung air pasang dan surut. Waktu2 lain boleh rilex.
Nampaknya aku udah kena stim mancing udang ni...rasa mcm tak puas aja....nak repeat lagi in sya Allah....




Thursday, September 25, 2014

Trip Penang GoYanG InuL bersama Aheng Rambo 13/14/15Sep2014

Trip Penang ni adalah atas jemputan kawan...mcm menarik... Terus tak pikir panjang bila di pelawa atas slot kosong yang ada sbb ada angler cancel. Naik plak bot Aheng Rambo...join group Penang pulak....
Antara yang terlibat....
Penganjur : Shah ( Penang ) / Sufian ( Salak )

Group Nilai/Salak : Ayem, Rahi (Langkawi) dan Piah.
Group Puchong : Sam,Pojie,Sharul
Group Penang : Wan and Reduan.

Mula2 dah dapat news iaitu hanya sotong Kurita 20 ekor sahaja dapat di cari memandangkan nelayan tidak kelaut atas sebb cuaca....nasib baik pada hari naik bot ada group yang balik kumpau tak dapat memancing sbb ramai tumbang..lalu lebihan udang lipan di jual pada kami dgn harga RM1.50 seekor.
Cuaca agak tidak memihak kepada kami...walaupun keadaan air sepatutnya baik tetapi Lautan tidak dapat di duga. Alun besar dan angin yg kuat serta hujan sepanjang di tengah laut.


Hari pertama dlm perjalan layan apollo cari umpan hidup..di samping suply dgn udang lipan dan sotong kurita. Terus menuju ke Kapal Besar dan parking untuk mencari hasil...agak mengecewakan...arus laju..alun besar...bot tidak dapat parking dengan baik pada lubuk dan lari dari sasaran. Hari pertama agak mengecewakan...hingga ke hari ke-2.. Ramai juga Anglers yang tumbang sbb Mabuk...Tampal Koyok mabuk...makan ubat...semua tak jalan...tumbang muntah mabuk...
Aku...memandangkan bila turun batu sekilo pun hanyut...lewat malam pertama aku dah layan tido...malam kedua juga bila lihat keadaan alun yg besar....lewat malam aku tido...hanya cuba memancing sebelah siang..Namun rezeki kami ada juga dgn melayan ikan sampah pada hari ke-3...sapu bersih Pecah Periok wpun size kecil kami sapu.

Keseluruhan trip.. dari segi arrangement semua bagus..namun itu sahaja rezeki kami di laut..alhamdulillah..lain kali cuba lagi...





















Wednesday, June 11, 2014

Last Cruise with Ajay on Lady Jenny 06Jun14-09Jun14




Trip ni dirancang sekali lagi bersama Tekong Ajay memandang kan Ajay akan tamat kontrak bersama Lady Jenny. Langsung juga akibat trip lepas agak menghampakan..maka trip ini ingin mencuba sekali lagi di lubuk Paloh.
Agak mengecewakan juga..Hari pertama bermain di sekitar Lubuk Paloh agak kurang...Lubuk2 yang kami singgah kosong tiada penghuni. Menjelang maghrib baru ada GT.

Hari kedua juga bermain di sekitar Paloh..agak kurang ikan..Merah tidak seperti dulu ,Makan sekor dua kemudian kembali sunyi dan berpindah ke Lubuk lain keadaan sama.

Keseluruhan selesai 3hari hasil agak kurang. Tetapi Syukur juga seorang angler boleh bawa pulang kurang2 5 ekor ikan.
Antara terlibat :

Aku-Juragan Darat Semenanjung.
KNS-Juragan Darat Kuching
Achai
Bob
Sharil
Azmi
Rusli
Borman
Peter
Shah.

Bot : Lady Jenny.
Tekong Laut : Ajay














Monday, April 14, 2014

Lubuk Paloh & Holland Fishing Trip 09Apr-12Apr2014

Alhamdulillah telah di panjangkan umur,sihat tubuh badan dan di izinkan lagi sampai dan pulang dengan selamat ke Lubuk ini. Seperti biasa khidmat tekong Ajay di tagih.
Bot yang dahulunya di miliki oleh Eric-Sea Master telah di beli pula oleh Jenny dengan nama baru- Lady Jenny. Tekong masih di kemudi oleh Ajay. Trip di rancang sejak November 2013 dan akhirnya sampailah masa kami turun ke Lubuk ini-Paloh dan Holland,
Ahli komplot yang terlibat;
Ramezee ( Juragan laut )
KNS ( Juragan Darat)
Achai
Shukor
Bob
Syahril
Fauzi
Hanapiah
Pyan
Shah
Peter.

Kami bergerak malam 09hbApril menuju ke Paloh ATD 2200Hrs dan tiba seawal jam 0300hrs ke lubuk pertama untuk memancing. Arus agak tidak setabil di mana arus atas dan bawah menyongsang.
Setiba pagi bermula episod memancing lubang. Hasil secara purata hari pertama agak mengecewakan di mana di lubuk lubuk seperti kurang penghuni. Aktiviti memancing lubuk hingga ke lewat petang dan keadaan agak mengecewakan. Tekong Ajay juga agak kecewa dan terus kami bergerak ke Lubuk Holland.
Dalam perjalanan singgah di kapal karam dan sauh di labuhkan di situ...setelah beberapa jam juga di dapati kurang hasil kami bergerak ke Holland.

Setibanya di Holland lebih kurang  0300Hrs mula memancing. Ada GT di situ makan aku,Bob,Shah dan Pyan mula turun Jigging. Alhamdullah, rezeki GT overall lebih kurang 10 ekor dgn 2 putus.

Hari ke-3 Siangnya aktiviti memancing Lubang di sekitar lubuk Holland. Hasil di sini juga kurang memberangsangkan. Sehingga lewat malam hanya 1 tong ikan sahaja berjaya di kumpulkan sepanjang 3 malam kami memancing.

Adakah ini petanda banyak lubuk2 telah kosong atau musnah akibat bot pukat? Tambahan pula dengan adanya bot bot pukat Thailand yang telah di benarkan atau di berikan permit utk memukat di persekitaran lubuk Paloh dan Holland?

Apa pun kami terima aja dengan rezeki yang telah di berikan. Overal setiap anglers beroleh hasil dan setiap anglers dapat membawa pulang sekotak ikan dgn purata berat 25kg/per box.

Moga di panjangkan lagi umur dan sihat tubuh badan untuk ke lubuk ini di lain masa.............