Monday, March 9, 2009

Medium JIG Equipments

Reel-DAIWA FREAMS 4500J/ Rod-Pioneer Giant Trevally PE 2-6 for Light Medium Jig Action

Medium Jig Equiptments

Reel : Daiwa Freams 4500J

Rod : Pioneer Giant Trevally PE-2-4

Line : Power Pro Phantom RED 40lb



























































Bila nak perolehi Reel dan Rod JIG memang susah nak buat keputusan. Salah satu sebab utama adalah Budget. Setelah mengamati dan fahami betul2 apa itu JIG perlahan lahan dikumpulkan peralatan JIG ini. REEL agak mahal tetapi mampu untuk bertahan jika ingin upgrade ke PE3 atau 4 di masa depan. Jumlah perbelanjaan walaupun bagi set medium Jig ini boleh tahan juga...<>RM700 dah..

Apa yang mustahak didalam JIG ini adalah ketahan MESIN apabila di asak.Dengan menggunakan peralatan ringan sekurang kurangnya REEL dapat bertahan kerana apa yang bakal meragut JIG tidak kira ukuran juga saiznya dan mungkin MONSTER juga berada di dalam air sewaktu kita belabuhkan JIG.


Oleh itu REEL DAIWA FREAMS 4500J sudah memadai untuk aksi Medium bagi PE-2. Sebenarnya REEL ini mampu beraksi bagi kelas PE3 dan 4 .Ciri2 Reel ini sudah memadai bagi Light/Medium Jig. Dengan Drag Max 9kg dan di reka khas bagi aksi JIG. Setakat ini pernah melihat di UTube Mesin ini berjaya menewaskan Tenggiri 20kg.....Emmm!!

Bagi melengkapkan lagi peralatan Medium Jig ini Reel Daiwa Freams 4500J ini di gabungkan dengan Jig Rod Pioneer Giant Trevally PE 2-4. Rods ini tidaklah terlalu mahal berbanding rod-rod lain grade A di pasaran. Akan tetapi apa yang penting bagi satu Rod Jig adalah perkara perkara sperti Cincin/Guide ,Reel Holder dan juga Batang Rod. Ini sudah cukup kerana apabila diasak bukan semata mata bergantung pada Rod. Drag dari mesin juga dapat menyokong dan membantu. Yang penting adalah teknik bagaimana untuk menang dalam pertarungan.




Antara faktor utama Rod ini adalah harga yang berpatutatan di samping bahan2 yang di gunakan dalam penghasilan Rods ini. Guide FUJI, Reel Sit Fuji, batang rod Reinforeced Graphite Blank yang sudah terbukti ketahanannya seangkatan dengan Rod2 gred tinggi di pasaran juga elemen penting yang dibina bersama rod ini. Yang penting apabila bertarung perlu berhati hati dan tidak memaksa ROD hingga patah...




Walaupun Rod ini tidaklah mahal tetapi rasanya cukup untuk dipadankan ke Daiwa Freams 4500J bagi aksi light/medium Jig bagi perairan Semenanjung yang kedalaman antara 50-150m. Kalau melebihi kedalaman ini kena guna set aksi PE4 keatas ler....
Impian nak dapatkan XZoga Taka-Ji 5814 PE 4.


Bagi melengkapkan lagi peralatan JIG ini tali sulam/Braided POWER PRO 40lb Phantom RED digunakan dan di sambungkan kepada perambut Fluorocarbon POWER MAX 50lb. Sambungan Improved GT Knot digunakan...Tetapi kalau di masa imergency akibat putus terpaksalah buat yang lain dan mudah mcm Albright knot aja.... Agak sukar juga untuk menyambungkan tali sulam yang halus ke tali mono yang keras ini. Apa yang penting sambungan ini adalah tali sulam dapat bertahan apabila berlaku geseran di dalam air. Oleh itu sewaktu membuat stopper di tali mono simpulan mono perlulah juga di selaputi sulaman dari braided ( modify dari asal ). Ini mampu menahan tali braided yang tajam dari memutuskan perambut di penyambung ini apabila bergesel.....

Sambungan ke mono ini penting untuk menstabilkan teganggan apabila bertarung...


Panjang Tali Perambut = 15m atau <> 5x panjang Rod atau paling mudah ambik 3 depa sahaja....

STOPPER diikat menyaluti Sulaman BRAIDED


Dah siap sedia...untuk bertarung....hemmm tunggu slot mana nak pegi ni...Isykkk....

1 comment:

  1. Bro..salam..Hang xde guna rod Pioneer lain ke mcm pioneer ocean conquer? aku ade jumpe rod ni tp baitcasting. Pnjang 5'8". PE 1-2 tp skali tgk mmg keras rase mcm PE 1-3..mybe tulis je lebih. Pd pndapat ko lah patut ke aku sapu rod ni ,...Harga dlm rm170..

    ReplyDelete