Last minute decide utk joint trip ni...mmg dah park K.I.V tapi tak berani nak confirm memandangkan situasi kerja. Tapi tengok date trip tak kena apa2 assignment maka di teruskan juga.
Trip organiser by Shabaruddin Seremban & Geng2 Seremban Anglers.
Abg LAN,Sharil,Sham Cowboy,Cikgu Man,Abg Man Korea & Zam - Seremban Anglers
Aku,Achai & KNS - Geng MASkargo...
Kami tiba di Kuching pada 12hb & menuju ke BOT ERIC SeaMaster.
Bergerak menuju lubuk jam 0100hrs 13April...iaitu 9jam..lubuk Paloh.
Keadaan air dan cuaca baik...tetapi banyak lubuk2 kosong tiada penghuni.
Tidak tahu apa puncanya...Kemungkinan juga kesan Tsunami Acheh yg baru berlaku pada petang 11April2012.
Apa pun Tekong Aji dah mencuba yg terbaik utk menjejak ikan di lubuk2.
Ini mungkin trip aku yang terakhir utk 2012 dan akan bersara utk sementara waktu....
No comments:
Post a Comment