Sunday, September 22, 2013

Bintulu Fishing Trip 19/20/21Sep 2013 with Juragan Anglers

Fishing trip organised by Juragan Anglers. Overall Trip hanya so-so aja walaupun hasil boleh lah tahan. Tekong N Bot- Abg Jamal. Biasalah..dah nama pun tumpang trip orang...Layan je lah.














Wednesday, June 19, 2013

Fishing Trip Lubuk Mengalun Kota Kinabalu Sabah 15/16/17un201

Trip kelolaan Jurangan Anglers di kepalai Bro Badrol. Atas slot kekosongan maka dapat lah menumpang..
Overall arrangement by Juragan Badrol bagus sekali untuk memastikan perjalanan trip dengan jayanya.
Perjalanan ke Lubuk mengalum lebih kurang 5 Jam.

Hari pertama agak mengecewakan dan banyak BARAKUDA/Kekacang. Banyak perambut di potong.
Aku..layan Jig..lumayan jugak naikkan banyak Bara...Jig jugak banyak terkorban..akhirnya aku give up bila si Bara dah pandai potong separuh tali dan perambut.

Hari kedua Tekong pun dah mula gusar..Keadaan arus tak menentu..susah untuk parking bot. Anglers pun susah nak turun bottom. Lewat tengahari bawak kepetang baru nampakkan hasil dengan Kerisi Bali, Kerisi, Red Snippers dll ikan karang.

Lewat petang kemalam kamilayan sekeliling Pelantar. Juga keadaan arus masih tak menentu. Ikan2 monster atau game fish tiada lagi. Tekong bergantung harapan akhir utk ke lubuk terakhir untuk mencari game fish.

Selepas subuh barulah meriah. Bermula dgn Merah Kakap..Jenahak dan Amberjack. Sekejap sahaja serangan bermula waktu arus mula bergerak.

Itu aja rezeki kali ini....















Monday, April 8, 2013

Ops Paloh- Fishing Trip Sarawak 05-07Apr13

Macam Biasa...Sarawak adalah destinasi tahunan. Tahun ini mencuba awal April pula sbb dari trip2 yang kebelakang mengikut tekong ikan banyak awal April. So, atas kerjasama Pak Juragan KNS maka trip di anjurkan pada 05/06/07April2013.

Lubuk : Paloh Kuching Sarawak.
Bot : Sea Master- Eric
Tekong : Ajay.
Ahli2 Komplot : SeVeNSeaS,Achai,Mfendy,Mail Black Maria, Otai (KUL)
                         KNS(Juragan),Steven,Yong ( KCH).

Bot Sea Master buat pertama kalinya belayar dengan trip ini selepas keluar dari yard Baik pulih. Keadaan bot telah di ubah suai dan cat baru.
Kami bergerak <>1030hrs...di pertengahan jalan bot mengalami masalah over heat..dan bergerak agak perlahan..Kami tiba di lokasi agak lewat jugak.

Seperti biasa..aku tetap dgn nawaituku..iaitu memburu Tenggiri MEGA melebihi rekod lama 9kg.
Dengan teknik hanyutan...Cable sejengkal 50lb sahaja....

Trip kali ini alhamdulillah ada Rezeki juga lah..wpun tak lumayan. Malam kedua ribut melanda..dan aktiviti memancing tidak dapat di lakukan hingga pagi. Bot juga ada sedikit masalah dgn Generator dan Over Heating....So kami terima rezeki yang di anugerahkan....














Paloh2013  The Movie--->