Monday, October 4, 2010

Sg. Besar 30Sep - 01Oct2010


Trip di rancang dengan 10 ahli komplot tetapi saat2 akhir tinggal 7 orang sahaja:

Ramezee/KNS/MFendy/Mail/Rusli/Kudin/Achai

Kalau mengikut ramalan cuaca, mendung dan hujan utk 2 hari tersebut. alhamduliLLah sepanjang berada di laut cuaca baik. Mengikut target, ini adalah penghujung air menyongsang iaitu air Bani. Kami berharap ikan2 Mega akan masuk ke Selat.


Apa kan daya semua pot2 lubuk telah di pasang pagar 50-100mtr di hadapan dengan BOT2 Pukat. Dianggar kan 20-40 Bot Pukat berada di lokasi2...makan kami pasrah dengan rezeki yang ada...

Sunday, September 19, 2010

Custom Made Fishing Cabinet

Cuti Hari Raya...Hemmm bosan giler..Than on 1Malaysia public Holiday16Sep2010 roger Nazri di Maintenance utk tgk kalu2 ada kayu2 pallete yg nak di buang.
O.k dapat stok...gegas pegi beli kelengkapan...Rembat gergaji letrik dgn sander elektrik...tapi ketam letrik tak jumpa2 plak.

Any way projek pertama nampak berjaya..tapi boleh di baiki lagi..

















Sunday, June 13, 2010

SEDILI TERJUN 10JUN



TRIP SEDILI TERJUN 10 JUN. Ahli komplot :
Ramezee
KNS
ACHAI
MFENDY
FADLI & Mail.
BOT : PAK ALI.

Kami bergerak pada malam 9hbJUN. Sampai di Jeti Sedili <> jam 4 Pagi. Rehatkan diri...dan alhamduliLLah PAK Mail dan Pak Ali sampai menjemput ke Bot <>jam 5Pagi. Harap2 cuaca o.k...Ramalan cuaca mengatakan Mendung & Hujan tetapi alhamduliLLah sepanjang di laut hanya mendung sahaja. Ragutan pertama adalah di awal pagi..dlm perjalanan Joranku dengan TROLLING di sentap oleh tenggiri.Alhamdulillah Tenggiri <>7kg dapat di naikkan. Selepas itu kami melayan di Karang ...Di karang ikan2 baby kerapu dalam sebakul sebagai hasil. Awal pagi hingga ke tengah hari kami melayan di Karang.Boleh tahan lah rezeki dgn baby2 Kerapu Karang dengan umpan Sotong pasar..

Aku Pasrah sbb setting rod aku hanya utk Drag or bottom Tenggiri..Ketiadaan umpan hidup buat aku lepak..dan time makan aku layan tido. Lewat petang kami layan di unjam. Yes masa utk aku....Sambil2 yoyo ikan laut aku biarkan drag.... Umpan PAK ALi dah 5 kali ragut...putus...termasuklah steel cable pun putus.Aku menunggu dan mencari Selar besar sikit..Geram aku tgk PAK Ali punya perambut dah 5 kali dia potong.
Akhirnya dapat gak Selar besar dan ku cangkuk di mata kail...selang 10 minit....SreeeetTTT..di sentap..Agak kasar..Drag ku kunci..tetapi masih dapat di tarik. Anggaran dalam 15kg atau lebih... Tetapi mengikut PAK BRAHIM cara dia tarik tu dlm 20kg punya tenggiri. Laju dia menuju kearah bot..Dah terasa mcm tak boleh pegi ni...agak kasar berbanding maximum drag pada Reel yg ada...Henjutan kali kedua bila hampir dgn Bot...TuSS putus!!
Postmortem - Kesilapan ku sendiri :
1. Aku melayan drag cara menyilang untuk mengelak tali joran geng2 lain-Sepatutnya Joran ku angkat Tinggi dan menegak ke atas supaya tali tak mudah kebawah dan terkena badan ikan.
2. Aku tak guna Fluoro Carbon. Walaupun perambut invisible berkekuatan 120lb tetapi putus bila ikan buat henjutan larian dengan kekuatan Drag MAX














Wednesday, April 28, 2010

KCH Trip with MASkargo Anglers 24-26Apr2010

23Apr Depart KUL-KCH.

24Apr Naik Bot di Jeti Telaga Air

13Anglers. Trip tak berapa cantik atas sbb communication & arrangement yang tidak teratur memandangkan kami melalui orang tengah. Walaubagaimana pun dari sini dapat mengenali cara diri anglers2. Target asal adalah ke Lubuk Holland. Kami bergerak dari Kuching ke Telaga Air kemudian menaiki bot Tekong NAGA ( Tekong bot ini tak boleh harap). Hari pertama Tekong dah mainkan kami...kalau nak menipu orang yg baru 1st time ke laut boleh lah. Dari Jeti <>jam 2 p.m. Sampai di tengah selepas 5 jam tekong berlabuh terus menyuruh semua anglers main appollo.

Aku melihat keliling...tampa menurunkan Apollo pun..Ku lihat tiada burung2 camar dan tiada kelibat ikan2 bermain di muka air. Ahhhh...ini buang masa..yang lain terus Appollo juga...naik lah dalam 20 ekor aja ikan2 laut..Matahari dah mula jatuh..Aku naik angin..Aku pergi ke PIT Tekong..Aku suruh dia roger2 melalui radio dan mencari bot nelayan utk kami beli umpan.

Jawapan tekong- Tiada Radio & Tiada Nelayan. Di sini aku dah nampak yg tekong ni mmg nak kencing.

Kami bergerak naik lagi..hari dah gelap & kemudia Tekong berhenti terus menyuruh kami mencandat sotong pula. Aduhhhh...Asyik nak cari umpan aja apa barang ni..Aku tak mahu..ku pandang ke langit Bulan terang..Isykkk mana ada sotong nak makan appollo sotong mcm ni..Memang betul pun...ada lah dari semua yg turun candat tu naik nya <>5 ekor aja. Aku turunkan pancingan Bottom..Alamak ada dalam 30-50 mtr aja ni...Isykk.


Kami terus bermain di kawasan itu aja..Sampai Tekong datang tanya aku..kenapa aku tak Mencandat..Aku buat BODO aja..Tekong sound aku plak-"Tak ada sotong tak ada Lubuk!!".
Aku mark lokasi gunakan bintang dan daratan..mmg rasa tak sedap hati on this 1st nite.

Malamnya kami di landa ribut..semua orang tumbang yg masih bertahan aku..Abg LAN,Fendy & Fadli. Aku kesejukan..Ku lihat di PIT..Tekong dan awak2 semua berdengkur..HAMPEH!! Waktu ribut semua barang2 box2 ikan di belakang terpelanting...Aku pun basah mengejaskan barang2 tu..Hampeh..Ini kerja awak2lah...Yang aku risau Rod Tube di atas bot..tak ada sorang pun nak tengok..Apa lah punya Nasib dapat Tekong & Awak2 macam ni...No Safety Rules on Board??? Aku jengok jugak keadaan..O.k. kut....tawakkal ajalah. Nak baring pun dah tak ada pot...Aku buka baju tinggal seluar aja...semua basah..last aku dah tak bleh tahan..aku masuk juga menyempit...aku tak kira dah..Nasib ada Achai belas ehsan kasi aku Landing bawah ketiak dia.....


2ndDay...25Apr


Bot turun ke bawah balik...lebih kurang 1 jam..Isykkk kalu mcm ni mcm mana nak sampai ke Lubuk Holland. Tekong menyuruh Appolo lagi..cari umpan..Lahhh...aku lihat...ada lah sekor dua burung camar..Emmmm...Aku sound Abg LAN & Boy..sini ada ikan..kita turun Bottom...Adalah dalam 50 Mtr dlm.. Ada hasil..Aku naik Jenak..Abg Lan Naik Kerapu dan Boy naik Thunder. Elok plak Tekong cakap nak ubah...mmg ngam 3 rode bottom ada hasil...Aitttt..Ni sah..tekong ni mmg nak mainkan kita orang...elok ada makan nak ubah plak???



Malam tiba....Aku dah give up...Bila turun aja kedalaman hanya sekitar 30-50 Mtr. Aku tengok kat depan Tekong turun 4 batang rod..kiri kanan..Ini apa cerita plak ni?? Aku & Fadli bincang. Fadli pegi sound tekong plak..Apa cerita ni..tak sampai pun Holland? Aku lihat arah bintang dan daratan...Ini tempat semalam juga dia bawa...mmg sah dia kecing. Tekong ckp...dia tak dengar cakap atau ikut kehendak Angler2..dia hanya dengar kata organiser(Tekong darat) Hemmmmm....Payah macam ni..Keadaan dah mmg parah...Tawakkal ajalah...Biar selamat dan cepat balik ajalah nampaknya.

Last Day 26Apr.


Apa nak buat...Pancing ajalah..buang2 masa....sampai pulang..Aku tak mo lah ambik pot sangat. Sampai di Hotel..Rehat...lupakan aja..Enjoy di KCH plak.

Bila ku kenang... DOSA si Tekong Bot...biarlah dia tanggung. Tapi, Statement untuk Recap semua POSTMORTEM yg berlaku tu perlu..
Apa pun...Aku redha..maybe banyak pengalaman dan pelajaran dapat dengan Trip kali ini...lepas trip...than ku fikirkan..Perlu pandang ke hadapan..Maybe banyak pengajaran dan hikmah di sebalik kejadian...Yang keruh kita buang kita ambil yang jernih. Pancing terus pancing!! Hati kawan kawan perlu kita jaga...Sirratulrahim di teruskan!!








Monday, March 1, 2010

Home made ROD TUBE




Experienced my HOME MADE PVC ROD TUBE

Perkara yang penting adalah TUBE yang nak di bina focus pada Kuat tetapi ringan. Susah....

Bila nak buat benda benda mcm ni kena sabar...sabar...
Nak beli PVC...Hemmm..banyak susah...nak beli yg tebal..berat nanti..yang nipis..takut tak last long..Well tahu2 ajalah mcm mana nanti mcm mana handling nak masuk kapal...tiada lokasi & special handling yg di tetapkan..diambil kira recomended dari TOKEY HARDWARE pun suruh pakai yg tebal..walaupun tebal tapi lasting..selalu jugak angler yg merungut padanya bila dah pecah...


Dah potong...sambung end cap depan belakang pakai GUM. END CAP belakang jenis tutup mati....Tapi End CAP depan gunakan yang boleh screw.



Dah siap GUM..Apa lagi SPRAY ler COLOR FAD BLACK..CUN giler...




Jahit PVC BEG dgn di lapik SPOUNGE nipis yang di perolehi dari kedai gubahan.

Pemegang BEG dari beg2 lama....Di nasihatkan jika nak gunakan MESIN jahit pastikan MESIN Jahit yang boleh menjahit kain kasar dan jarum juga perlu yang kasar.......setelah bebrapa kali mencuba akhirnya MESIN jahit ni tak boleh pegi....jarum asyik patah dan mesin dah lingkup tapaknya....






Akhirnya decide jahit menggunakan tangan ajalah......Jahit Sembat.

Dah Siap.....KOS keseluruhan <>RM70...


SPECIFIKASI : Panjang : 6.5 Kaki

BAHAN : PVC.

BEG Kain berzip.

PEMBUATAN : HANDMADE.