Monday, April 27, 2015

BINTULU DEEP SEA @ OIL RIG E11 21-24Apr2015

Ini trip berubah angin...acara tahunan yang selalunya berlangsung di Kuching di ubah ke Bintulu.
Rancangan untuk 3H3M iaitu sampai..terus naik bot dan belayar.

Tekong- Jasmine
Bot - Jasmine Marine.
Ahli komplot :
Juragan - SevenSeaS
Achai,KNS,BOB,Syaril,Pyan(Bentayan),Rahi,Ayob,Nan,Peter,Leonard,Syukor,Ayem,Syah Godam.

Overall memang Service Jasmine Marine bagus. Awak2 nya memang rajin...dan friendly. Lubuk2 yang di bawa oleh jasmine juga bagus. Cuma keadaan yang dirancang tidak sampai ke penghujungnya. Hari ke-2 bot mengalami masalah..dan kami tersadai di tengah laut selama 12jam.Bot mengalami masalah engine..dan hari ke-3 bantuan bot tunda tiba. Maka aktiviti memancing hanya berjaya hingga hari ke-2 sebelah pagi.

Apa pun banyak perkara baru dapat di pelajari...memandangkan Bintulu ada spot baru maka beberapa perkara juga perlu di serap bagi memantapkan lagi cara memancing terutanya apabila berlabuh di pelantar.