Wednesday, June 19, 2013

Fishing Trip Lubuk Mengalun Kota Kinabalu Sabah 15/16/17un201

Trip kelolaan Jurangan Anglers di kepalai Bro Badrol. Atas slot kekosongan maka dapat lah menumpang..
Overall arrangement by Juragan Badrol bagus sekali untuk memastikan perjalanan trip dengan jayanya.
Perjalanan ke Lubuk mengalum lebih kurang 5 Jam.

Hari pertama agak mengecewakan dan banyak BARAKUDA/Kekacang. Banyak perambut di potong.
Aku..layan Jig..lumayan jugak naikkan banyak Bara...Jig jugak banyak terkorban..akhirnya aku give up bila si Bara dah pandai potong separuh tali dan perambut.

Hari kedua Tekong pun dah mula gusar..Keadaan arus tak menentu..susah untuk parking bot. Anglers pun susah nak turun bottom. Lewat tengahari bawak kepetang baru nampakkan hasil dengan Kerisi Bali, Kerisi, Red Snippers dll ikan karang.

Lewat petang kemalam kamilayan sekeliling Pelantar. Juga keadaan arus masih tak menentu. Ikan2 monster atau game fish tiada lagi. Tekong bergantung harapan akhir utk ke lubuk terakhir untuk mencari game fish.

Selepas subuh barulah meriah. Bermula dgn Merah Kakap..Jenahak dan Amberjack. Sekejap sahaja serangan bermula waktu arus mula bergerak.

Itu aja rezeki kali ini....