Sunday, October 23, 2011

20-21Oct2011 Sg.Besar - Kapal Pecah di Laluan Kapal

Boat - Dolphine 4 - Ah Chan.
Ahli Komplot - ACHAI,RICHARD,KNS,MAIL,MIZIE,AP,DIN,AH CHUN.

Perjalanan agak jauh...6 Jam dari Jeti Sg.Besar....Bot ni..o.k tapi agak memenatkan sbb tiada Besi Penghadang...Jadi masing2 kena bertenggek atas kerusi kecik menunggu.
Kabin pula terletak di tingkat 2...alamak punyalah beralun dalam kabin...Terutaman bila ombak besar akibat laluan kapal kontena.

Hasil boleh tahan...dengan Pari 3 ekor dan 1 Pari Mega yang tak dapat di naikkan...Tekong Ah Chan o.k...cuma awak2nya agak slow.....lambat bertindak dan jalankan tugas.

Lewat jam 2 pagi...sauh Bot Putus..maka aktiviti memancing pun terganggu....dan selepas itu awal pagi laut bergelora dengan hujan...Kami pun pulang awal..terima sahaja rezeki yang di kurniakan utk trip kali ini....