Wednesday, April 28, 2010

KCH Trip with MASkargo Anglers 24-26Apr2010

23Apr Depart KUL-KCH.

24Apr Naik Bot di Jeti Telaga Air

13Anglers. Trip tak berapa cantik atas sbb communication & arrangement yang tidak teratur memandangkan kami melalui orang tengah. Walaubagaimana pun dari sini dapat mengenali cara diri anglers2. Target asal adalah ke Lubuk Holland. Kami bergerak dari Kuching ke Telaga Air kemudian menaiki bot Tekong NAGA ( Tekong bot ini tak boleh harap). Hari pertama Tekong dah mainkan kami...kalau nak menipu orang yg baru 1st time ke laut boleh lah. Dari Jeti <>jam 2 p.m. Sampai di tengah selepas 5 jam tekong berlabuh terus menyuruh semua anglers main appollo.

Aku melihat keliling...tampa menurunkan Apollo pun..Ku lihat tiada burung2 camar dan tiada kelibat ikan2 bermain di muka air. Ahhhh...ini buang masa..yang lain terus Appollo juga...naik lah dalam 20 ekor aja ikan2 laut..Matahari dah mula jatuh..Aku naik angin..Aku pergi ke PIT Tekong..Aku suruh dia roger2 melalui radio dan mencari bot nelayan utk kami beli umpan.

Jawapan tekong- Tiada Radio & Tiada Nelayan. Di sini aku dah nampak yg tekong ni mmg nak kencing.

Kami bergerak naik lagi..hari dah gelap & kemudia Tekong berhenti terus menyuruh kami mencandat sotong pula. Aduhhhh...Asyik nak cari umpan aja apa barang ni..Aku tak mahu..ku pandang ke langit Bulan terang..Isykkk mana ada sotong nak makan appollo sotong mcm ni..Memang betul pun...ada lah dari semua yg turun candat tu naik nya <>5 ekor aja. Aku turunkan pancingan Bottom..Alamak ada dalam 30-50 mtr aja ni...Isykk.


Kami terus bermain di kawasan itu aja..Sampai Tekong datang tanya aku..kenapa aku tak Mencandat..Aku buat BODO aja..Tekong sound aku plak-"Tak ada sotong tak ada Lubuk!!".
Aku mark lokasi gunakan bintang dan daratan..mmg rasa tak sedap hati on this 1st nite.

Malamnya kami di landa ribut..semua orang tumbang yg masih bertahan aku..Abg LAN,Fendy & Fadli. Aku kesejukan..Ku lihat di PIT..Tekong dan awak2 semua berdengkur..HAMPEH!! Waktu ribut semua barang2 box2 ikan di belakang terpelanting...Aku pun basah mengejaskan barang2 tu..Hampeh..Ini kerja awak2lah...Yang aku risau Rod Tube di atas bot..tak ada sorang pun nak tengok..Apa lah punya Nasib dapat Tekong & Awak2 macam ni...No Safety Rules on Board??? Aku jengok jugak keadaan..O.k. kut....tawakkal ajalah. Nak baring pun dah tak ada pot...Aku buka baju tinggal seluar aja...semua basah..last aku dah tak bleh tahan..aku masuk juga menyempit...aku tak kira dah..Nasib ada Achai belas ehsan kasi aku Landing bawah ketiak dia.....


2ndDay...25Apr


Bot turun ke bawah balik...lebih kurang 1 jam..Isykkk kalu mcm ni mcm mana nak sampai ke Lubuk Holland. Tekong menyuruh Appolo lagi..cari umpan..Lahhh...aku lihat...ada lah sekor dua burung camar..Emmmm...Aku sound Abg LAN & Boy..sini ada ikan..kita turun Bottom...Adalah dalam 50 Mtr dlm.. Ada hasil..Aku naik Jenak..Abg Lan Naik Kerapu dan Boy naik Thunder. Elok plak Tekong cakap nak ubah...mmg ngam 3 rode bottom ada hasil...Aitttt..Ni sah..tekong ni mmg nak mainkan kita orang...elok ada makan nak ubah plak???



Malam tiba....Aku dah give up...Bila turun aja kedalaman hanya sekitar 30-50 Mtr. Aku tengok kat depan Tekong turun 4 batang rod..kiri kanan..Ini apa cerita plak ni?? Aku & Fadli bincang. Fadli pegi sound tekong plak..Apa cerita ni..tak sampai pun Holland? Aku lihat arah bintang dan daratan...Ini tempat semalam juga dia bawa...mmg sah dia kecing. Tekong ckp...dia tak dengar cakap atau ikut kehendak Angler2..dia hanya dengar kata organiser(Tekong darat) Hemmmmm....Payah macam ni..Keadaan dah mmg parah...Tawakkal ajalah...Biar selamat dan cepat balik ajalah nampaknya.

Last Day 26Apr.


Apa nak buat...Pancing ajalah..buang2 masa....sampai pulang..Aku tak mo lah ambik pot sangat. Sampai di Hotel..Rehat...lupakan aja..Enjoy di KCH plak.

Bila ku kenang... DOSA si Tekong Bot...biarlah dia tanggung. Tapi, Statement untuk Recap semua POSTMORTEM yg berlaku tu perlu..
Apa pun...Aku redha..maybe banyak pengalaman dan pelajaran dapat dengan Trip kali ini...lepas trip...than ku fikirkan..Perlu pandang ke hadapan..Maybe banyak pengajaran dan hikmah di sebalik kejadian...Yang keruh kita buang kita ambil yang jernih. Pancing terus pancing!! Hati kawan kawan perlu kita jaga...Sirratulrahim di teruskan!!