Monday, March 23, 2009

Medium-High Jig Equipments

ABU CONOLON PE2-5 MH Jig Rod/Abu Ambassadeur 7000 for MedH Jig Action

Dah lama dok budget dalam kepala nak cari satu rod untuk di padankan dengan Reel Abu Ambassadeur 7000. Reel ni dah lama dalam simpanan kalau tak silap beli tahun 2002..semasa bekerja di Sydney.Masih macam baru lagi...seingat aku baru guna sekali sahaja. Jadi nak convert Reel ni untuk aksi MedHigh drag,Casting dan Jig...Dengan Gear Ration 4:1:1 rasanya bersesuai untuk Kurauan yang agak laju.Tambahan pula Line Capacity yang agak besar boleh memuatkan line utk 300mtr.

Bila dah terfikir..jiwa mula jadi kacau...asyik nak ke tackle shop aja servey Rodnya.Bulan lepas aku dah pegi servey di Kepong...Tp...budget tak berapa nak elok..Lagi pun Tackle shop di kepong tuh tak bley tawar menawar...So aku lupakn ajalah. Reel ABU ni agak berat sikit..maklumlah nama pun CLASSIC..dan Swiss Made..agak Bulky sikit..Kenalah jodohkan dengan Rod mesti yang betul2 ringan tetapi kuat...

Hari Ahad hari dengan aktiviti bebas aku ke kedai pancing di Nilai 3 tuh. Ada sebatang Rod ABU CONOLON Pe2-5..Isykkk...pegang..letak..pegang letak balik...Harga di TAG sticker RM270.00. Hemmm....So lepas buat rumusan dari Guide..batang rod dan reel handle...berat rod...Keseluruhannya o.k ,servey pun..ramai yang memuji Rod ni utk Jig MH...
Jadi..rasanya rod ni agak bersesuaian dangan budget harganya.

Lastly decide pegi ke counter, kasi offer sama tokey kedai tuh..."Boss, kalau lu kasi last prize RM190 wa angkat!! Terkejut beruk tokey tuh...dan terus bebel...mana boleh ma...kalau lu mau RM195..boleh..wa kasi lagi satu CONOLON...tapi tarak FUJI punya cincin..sambil tokey tuh pegi ke rak Rod dan tunjukkan Rod Conolon yg tampa FUJI Guide tuh...
Huh..ada jugak CONOLON low profile?
So aku berkeras..still Bargain untuk Conolon ni jugak...Lepas sembang2 dulu pasal mancing...pasal nak jodohkan Reel Abu Ambassadeur 7000 Classic aku tuh...Akhirnya..tokey tu bagi aku last price..RM200.00..Aku pun apa lagi..terus jerk hulur duit....Alamak habis budget aku nak tukaw absober kereta........

So akhirnya Abu Ambassadeur 7000 pun di jodohkan dengan ABU CONOLON...Nanti boleh test di Sedili hujung April...Kih kih....




Swedish engineering and craftsmanship.



Abu Garcia Ambassadeur 7000 Classic Reel

Features:

* Level Wind* Cast control* Alloy Spool* Reel Clamp* Star drag* Line out Alarm

Spec's:

* Model: 7000* Capacity: 325yds / 17lb* Bearings: Bushed* Retrieve Rate 4:1:1


Medium Heavy Jig Rod
-Abu Conolon Premium PE 2-5

-Jig 90-200g





Bagi Set Jig Tali Sulam 60 lb di padankan dengan shock Leader 80lb Sufix dan sambngan FG knot di gunapakai.

Wednesday, March 11, 2009

Perambut memburu TENGGIRI

Peralatan yang di perlukan:

1. Perambut Dawai 49 Sulaman-Ini di supaya mudah di ikat dan memadai
dengan kekuatan 30lb-40lb.

2. Pemutar (Spinner) Ofmer (Disyorkan) atau boleh juga membeli pemutar
biasa yang ada di jual di kedai. Juga di syorkan menggunakan warna Hijau
atau Merah.




2.1 Bentuk asal Spinner Ofmer.

2.2 Potong dawai yang menyambung bahagian2 Spinner.

3. Aksoseri lain : Manik, Ladung kecil (Bulat atau Panjang).

4. Matakail - Disyorkan menggunakan DAIICI atau MUSTAD saiz 16-18 atau Gamagatsu size 3 dan 2



Tetapi jika ingin perlu budget yg minima Spinner murah yang di jual juga boleh di gunakan seperti Spinner HINOMIYA. Aku lebih suka akan Sesudunya yang dibuat dengan warna striking lebih menarik.Proses pembuatannya juga sama,ikut selera.
5. Panjang Perambut Dawai - 1.5 - 2 Kaki.




6. Cara Kegunaan. Cangkuk kepada umpan ikan Hidup(di syorkan) atau mati.
Bagi teknik tundaan ikan mati di syorkan membuang isi perutnya dahulu
( keluarkan dan bersihkan perut melalui insang) dan perambut melalui
insang untuk di cangkuk di bahagian belakang. Matakail hadapan di
cangkuk dari bawah mulut menembusi kepala ikan.

Monday, March 9, 2009

Medium JIG Equipments

Reel-DAIWA FREAMS 4500J/ Rod-Pioneer Giant Trevally PE 2-6 for Light Medium Jig Action

Medium Jig Equiptments

Reel : Daiwa Freams 4500J

Rod : Pioneer Giant Trevally PE-2-4

Line : Power Pro Phantom RED 40lb



























































Bila nak perolehi Reel dan Rod JIG memang susah nak buat keputusan. Salah satu sebab utama adalah Budget. Setelah mengamati dan fahami betul2 apa itu JIG perlahan lahan dikumpulkan peralatan JIG ini. REEL agak mahal tetapi mampu untuk bertahan jika ingin upgrade ke PE3 atau 4 di masa depan. Jumlah perbelanjaan walaupun bagi set medium Jig ini boleh tahan juga...<>RM700 dah..

Apa yang mustahak didalam JIG ini adalah ketahan MESIN apabila di asak.Dengan menggunakan peralatan ringan sekurang kurangnya REEL dapat bertahan kerana apa yang bakal meragut JIG tidak kira ukuran juga saiznya dan mungkin MONSTER juga berada di dalam air sewaktu kita belabuhkan JIG.


Oleh itu REEL DAIWA FREAMS 4500J sudah memadai untuk aksi Medium bagi PE-2. Sebenarnya REEL ini mampu beraksi bagi kelas PE3 dan 4 .Ciri2 Reel ini sudah memadai bagi Light/Medium Jig. Dengan Drag Max 9kg dan di reka khas bagi aksi JIG. Setakat ini pernah melihat di UTube Mesin ini berjaya menewaskan Tenggiri 20kg.....Emmm!!

Bagi melengkapkan lagi peralatan Medium Jig ini Reel Daiwa Freams 4500J ini di gabungkan dengan Jig Rod Pioneer Giant Trevally PE 2-4. Rods ini tidaklah terlalu mahal berbanding rod-rod lain grade A di pasaran. Akan tetapi apa yang penting bagi satu Rod Jig adalah perkara perkara sperti Cincin/Guide ,Reel Holder dan juga Batang Rod. Ini sudah cukup kerana apabila diasak bukan semata mata bergantung pada Rod. Drag dari mesin juga dapat menyokong dan membantu. Yang penting adalah teknik bagaimana untuk menang dalam pertarungan.




Antara faktor utama Rod ini adalah harga yang berpatutatan di samping bahan2 yang di gunakan dalam penghasilan Rods ini. Guide FUJI, Reel Sit Fuji, batang rod Reinforeced Graphite Blank yang sudah terbukti ketahanannya seangkatan dengan Rod2 gred tinggi di pasaran juga elemen penting yang dibina bersama rod ini. Yang penting apabila bertarung perlu berhati hati dan tidak memaksa ROD hingga patah...




Walaupun Rod ini tidaklah mahal tetapi rasanya cukup untuk dipadankan ke Daiwa Freams 4500J bagi aksi light/medium Jig bagi perairan Semenanjung yang kedalaman antara 50-150m. Kalau melebihi kedalaman ini kena guna set aksi PE4 keatas ler....
Impian nak dapatkan XZoga Taka-Ji 5814 PE 4.


Bagi melengkapkan lagi peralatan JIG ini tali sulam/Braided POWER PRO 40lb Phantom RED digunakan dan di sambungkan kepada perambut Fluorocarbon POWER MAX 50lb. Sambungan Improved GT Knot digunakan...Tetapi kalau di masa imergency akibat putus terpaksalah buat yang lain dan mudah mcm Albright knot aja.... Agak sukar juga untuk menyambungkan tali sulam yang halus ke tali mono yang keras ini. Apa yang penting sambungan ini adalah tali sulam dapat bertahan apabila berlaku geseran di dalam air. Oleh itu sewaktu membuat stopper di tali mono simpulan mono perlulah juga di selaputi sulaman dari braided ( modify dari asal ). Ini mampu menahan tali braided yang tajam dari memutuskan perambut di penyambung ini apabila bergesel.....

Sambungan ke mono ini penting untuk menstabilkan teganggan apabila bertarung...


Panjang Tali Perambut = 15m atau <> 5x panjang Rod atau paling mudah ambik 3 depa sahaja....

STOPPER diikat menyaluti Sulaman BRAIDED


Dah siap sedia...untuk bertarung....hemmm tunggu slot mana nak pegi ni...Isykkk....